JOHOR BAHRU - Seramai 66 penumpang dan empat kru kapal terbang Firefly yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), Subang, Selangor ke Lapangan Terbang Seletar (XSP), Singapura berdepan detik cemas susulan cuaca buruk pada Selasa.
Syarikat penerbangan Firefly dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat Firefly FY3124 tersebut berlepas dari SZB pada jam 7.20 pagi dan dijadual tiba di SXP pada 8.40 sebelum mengalami gangguan tersebut.
"Walau bagaimanapun, pesawat tersebut telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini sementara menunggu cuaca reda sebelum membuat penerbangan semula ke Seletar.
Sehubungan itu, menurut kenyataan itu, pihak Firefly mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua penumpang atas kesabaran mereka sehingga selamat sampai.
"Keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.
Terdahulu tular video dalam pesawat berkenaan yang berdepan cuaca buruk dan penerbangan terpaksa dilencongkan.