Pengusaha tapak khemah di Selangor perlu daftar dengan PBT

Iklan
Sze Han

SHAH ALAM - Pengusaha tapak perkhemahan di negeri Selangor kini perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing bermula Februari demi menjamin keselamatan pengunjung.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, perkara itu diputuskan dalam Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pemutihan Tapak Perkhemahan Negeri Selangor bersama pelbagai agensi PBT pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Satu resolusi telah dipersetujui di mana tindakan awal bagi program pemutihan tapak perkhemahan disasarkan bermula pada Februari 2023 melibatkan pendaftaran tapak perkhemahan oleh pihak pengusaha di Selangor dengan PBT masing-masing.

"Demi menjamin keselamatan orang awam serta pengusaha, kerajaan negeri dan PBT memohon agar semua pengusaha segera membuat pendaftaran dalam program pemutihan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Sze Han berkata, kaedah pendaftaran akan diumum dalam masa terdekat manakala sebarang perkembangan mengenai perkara itu termasuk kaedah pendaftaran akan dihebahkan PBT kepada umum dari semasa ke semasa.

"Syarat minimum yang wajib bagi permohonan lesen dan permit tersebut adalah keperluan pelan ukur tanah (survey plan) oleh Juruukur Tanah yang bertauliah,” tambahnya.

Iklan

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuat kuasa untuk menjamin keselamatan nyawa.

Keputusan itu diambil selepas tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada Disember lepas yang mengorbankan 31 nyawa.