Kanak-kanak 4 tahun maut diserang anjing

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123rf

LONDON - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan maut diserang seekor anjing di United Kingdom pada Selasa.

Perkhidmatan ambulans menghubungi polis sekitar 5 petang selepas menerima laporan serangan anjing di sebuah hartanah di Broadlands, Netherfield di Buckinghamshire yang terletak kira-kira 80 kilometer dari barat laut London, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

"Ini adalah kejadian yang benar-benar tragis, di mana kami percaya bahawa seorang kanak-kanak telah terbunuh selepas diserang oleh seekor anjing," kata Superintendan Matt Bullivant dalam kenyataan itu.

Pada awal Januari, serangan anjing di tenggara England mengorbankan nyawa seorang wanita dan mencederakan seorang lagi mangsa. - Bernama

Iklan
Iklan