ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri sebagai sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dilakukan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai satu penanda aras baharu dimana mana-mana ahli keluarga pemimpin boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan tanpa diberikan bayaran.
Selepas kajian dibuat, Muhammad Sanusi mendapati, tiada penjawatan yang wujud seperti dikhususkan kepada Nurul Izzah iaitu seseorang individu melakukan kerja bagi pihak kerajaan tanpa menerima gaji atau bayaran memandangkan ia terkait dengan beberapa perkara termasuk skim saraan.
Muhammad Sanusi turut memaklumkan, tugasan atau penjawatan sedemikian hanya wujud di dalam organisasi badan-badan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau secara berseloroh turut menyatakan pelantikan ini adalah gambaran dan maksud sebenar Malaysia Madani yang dibawakan Perdana Menteri.
"Saya (sudah) kaji adakah perlantikan (Nurul Izzah) di Pejabat Kementerian Kewangan yang akan melakukan (kerja) bagi pihak kerajaan boleh (untuk) tidak ambil gaji, (dan) tidak ada skim saraan untuk dia, saya rasa tiada penjawatan sebegitu, penjawatan (di dalam kerajaan) adalah apabila you ada (bagi) service you ada payment.
"Perkara begitu tidak pernah dilakukan, (ia) nampak luar biasa, saya tidak tahu, sama ada (Datuk Seri Anwar) hendak 'set benchmark' selepas ini orang politik dan anak mereka boleh terbabit dengan kerajaan (dengan) tanpa mengambil gaji, ini lah Madani dan anak bini," sindir Muhammad Sanusi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 di Dewan Seri Mentaloon, di sini, pada Selasa.
Semalam, Perdana Menteri berkata, beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya.
Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Anwar berkata, beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.
Anwar turut mempersoalkan pihak yang mengkritik yang menurut beliau, mereka juga tidak mengamalkan pentadbiran yang telus, malah memberikan kontrak dan tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga. - Awani
ARTIKEL BERKAITAN: 'Tarik balik lantikan, pro bono bukan alasan halalkan nepotisme'
ARTIKEL BERKAITAN: Lantik anak, isteri bakal jadi kebiasaan baharu - Mohd Radzi
ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah perlu ada latar belakang khusus sebagai penasihat
ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Nurul Izzah tak wajar, bawa konflik kepentingan
ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah layak dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nurul Izzah tidak dibayar elaun - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM