Kes bunuh: Reman lapan anggota polis dilanjut seminggu

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

TAWAU - [DIKEMAS KINI] Tempoh reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di sini pada 13 Jan lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula esok.

Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan permohonan lanjutan reman oleh polis pada prosiding di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini mereka direman selama tujuh hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dilapor berkata, kes bunuh itu bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Iklan

Pada 30 Januari lepas, seorang penganggur, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 hingga 9 malam, 13 Januari lepas. - Bernama

Iklan