Dr Adeeba dilantik CEO baharu Universiti Monash

Iklan
Dr Adeeba Kamarulzaman

SHAH ALAM - Pakar penyakit berjangkit negara, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Universiti Monash Malaysia berkuat kuasa Mei 2023.

Universiti Monash Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Adeeba turut dilantik sebagai Pro Naib Canselor dan Presiden (Malaysia), Universiti Monash Australia bermula tempoh sama.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Dr Adeeba yang juga bekas graduan universiti berkenaan turut menyifatkan pelantikannya sebagai satu penghargaan besar.

"Saya melihat kerjasama antara Monash Australia dan Indonesia sebagai memperkukuh kerjasama antara universiti tempatan terutama Universiti Malaya dan Universiti Sunway,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Presiden Universiti Monash, Profesor Margaret Gardner AC berkata, Dr Adeeba adalah peneraju dalam bidangnya dan memainkan peranan penting dalam semakan program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) serta projek Kurikulum Perubatan Pasca Siswazah Kebangsaan di Universiti Malaya.

Menurutnya, sebagai seorang sarjana, Dr Adeeba telah bersungguh-sungguh mengejar dan menggunakan minat penyelidikannya untuk menumpukan pada penggunaan pendekatan pragmatik serta berkesan terhadap pencegahan HIV dalam populasi utama, termasuk orang yang menggunakan dadah dan banduan.

Iklan

"Sumbangan besar beliau kepada agenda pendidikan Malaysia, komitmen dan dedikasi beliau yang tidak berbelah bahagi kepada program pencegahan dan rawatan HIV akan meningkatkan reputasi Monash sebagai institusi pendidikan kritikal untuk memacu agenda kecemerlangan Malaysia dan rantau Asia Tenggara dalam pendidikan dan penyelidikan,” ujarnya.

Pada tahun 2015, Dr Adeeba telah dianugerahkan Doktor Undang-undang Honoris Causa (Doktor Kehormat) dari Monash University oleh Yang Timbalan Canselor Yehudi Blacher mengiktiraf sumbangan beliau dalam penyelidikan penyakit berjangkit dan juga advokasi perubatan.