Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam pada Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan tiga daerah di Kedah iaitu Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Terengganu (Dungun dan Kemaman); Pahang (Jerantut, Maran dan Kuantan) serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).

Iklan
Iklan

Selain itu amaran berkenaan turut melibatkan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan, Kapit); Sabah (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan, Pantai Barat dan Sandakan), Selangor, Melaka dan Pulau Pinang termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang dijangka berlaku melebihi satu jam.

Iklan

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," menurut kenyataan berkenaan.

Iklan