Budaya katering malapkan tradisi rewang kenduri kahwin

Iklan
Gambar hiasan

AKTIVITI bergotong-royong atau rewang ketika majlis kenduri sudah menjadi lumrah bagi mengerat hubungan sesama masyarakat, namun akhir-akhir ini, aktiviti itu seperti kian malap ditelan arus zaman.

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan, ada empat atau lima kali Merak Jalanan diundang untuk menghadiri majlis kenduri kahwin di kampung di Selangor, tetapi suasananya biasa sahaja kerana semuanya menggunakan khidmat orang luar atau katering.

Iklan
Iklan

Jika ikut kebiasaan, zaman kecil Merak Jalanan dulu kenduri kahwin ibarat pesta apabila saudara-mara, sahabat handai serta penduduk kampung berkumpul untuk rewang bersama bagi menyiapkan juadah.

Ketika itu keadaan memang riuh dengan gelak tawa. Waktu malam bagaikan siang dek ramai dan riuh-rendahnya tetamu.

Iklan

Mereka yang datang buat macam-macam kerja. Ada yang basuh pinggan mangkuk dan memasak. Paling unik buat kuih tradisi sepanjang malam.

Masuk tahun 2023, Merak Jalanan dapat rasakan tradisi rewang ini semakin malap. Apatah lagi, budaya mengambil tempahan katering ini semakin popular.

Iklan

Mungkin ia lebih senang dan jimat masa. Hanya bayar dan segalanya tersedia, tidak kisahlah walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi.

Bagi Merak Jalanan, malapnya tradisi rewang ini seolah-olah satu petanda yang masyarakat kita semakin kurang peduli antara satu sama lain.

Kesannya, sudah tentu anak-anak kecil hari ini tidak akan merasai lagi adat orang-orang lama untuk berkumpul bersama dan menikmati hebatnya hubungan persaudaraan.

Mungkin dunia gajet menjadikan masyarakat hari ini semakin sibuk apatah lagi kekangan ekonomi bagi mencari sumber pendapatan yang lebih baik.

Sudah terang lagi bersuluh, kerja rewang amat dirindukan dan pihak berwajib wajar menghidupkan semula tradisi ini sebagai satu warisan negara.