325 kes baharu Covid-19 pada Rabu

Iklan
Malaysia merekodkan sebanyak 325 kes baharu Covid-19 pada Rabu. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 325 kes baharu Covid-19 pada Rabu, dua daripadanya adalah kes import.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini sebanyak 9,897.

Iklan
Iklan

Portal KKMNow melaporkan sebanyak 96.1 peratus atau 9,507 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah 113 menjadikan kumulatif pesakit sembuh kini seramai 4,990,079.

Iklan
Iklan

Tiada kematian terbaharu direkod menjadikan keseluruhan kes kematian kekal sebanyak 36,942.