'Chelsea perlukan saya'

Iklan
THIAGO SILVA

THIAGO Silva menjangkakan untuk menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea dalam masa terdekat.

Pemain pertahanan tengah itu telah menjadi pemain utama The Blues sejak menyertai pasukan itu pada Ogos 2020 susulan kontraknya yang tamat bersama Paris Saint-Germain.

Iklan
Iklan

Silva menandatangani perjanjian awal setahun dengan kelab itu dan membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara pada kempen 2020-21 sebelum menandatangani kontrak lanjutan sehingga akhir musim ini.

Dengan baki kontrak kurang daripada enam bulan, pemain berusia 38 tahun itu mendedahkan pasukan mahu dia kekal di Stamford Bridge.

Iklan

"Saya dan Chelsea bercakap mengenainya (kontrak). Semuanya mungkin akan berlaku dalam beberapa hari akan datang.

"Niat saya, dan juga kelab, adalah untuk kekal bersama," katanya.

Iklan

Silva percaya pengalaman luasnya di peringkat tertinggi bola sepak adalah aset penting untuk digunakan The Blues semasa dia masih di kelab itu.

Chelsea juga telah membawa masuk pemain pertahanan tengah berusia 21 tahun, Benoit Badiashile dari Monaco.

"Saya tahu kelab memerlukan saya sekarang dan saya di sini untuk membantu, kerana mereka adalah pemain muda.

"Saya juga tahu dengan pengalaman saya, boleh membantu dalam proses membina semula kelab ini," katanya.