Pengarah syarikat direman beri rasuah RM50,000 kepada polis

Iklan
Seorang pengarah syarikat perindustrian (tengah) yang memakai baju lokap SPRM bewarna oren direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis, bagi membantu siasatan kes menawarkan rasuah RM50,000 kepada seorang pegawai polis.

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat perindustrian direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis bagi membantu siasatan kes menawarkan rasuah RM50,000 kepada seorang pegawai polis.

Ia dipercayai dilakukan supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan atas kesalahan menyimpan dan menjual minyak diesel bersubsidi tanpa lesen.

Iklan
Iklan

Majistret Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah itu terhadap lelaki berusia 53 tahun sehingga 6 Februari ini selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia yang memakai baju lokap berwarna oren, ditahan berhubung aduan yang diterima SPRM Selangor daripada pegawai polis serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Selangor.

Iklan

Ia dilakukan ketika operasi penyimpanan dan penjualan minyak diesel bersubsidi di sebuah gudang di sebuah lokasi di Pelabuhan Klang pada jam 11.10 malam Rabu.

Ini merupakan kerjasama antara SPRM Selangor dan KDNKA Selangor.

Iklan

Permohonan itu dibuat oleh Pengusaha Kanan (PsK) SPRM, Mohd Fadzley Abdul Jalil manakala suspek tidak diwakili peguam.