Pengerusinya, Khalid Abdul Samad bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan keputusan akan dibuat oleh pimpinan PH.
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah memberitahu, perkara utama ialah memenangi kerusi dalam parti gabungan itu dan bukan kerusi yang ditandingi.
"Walaupun jumlah kerusi yang ditandingi Amanah berkurang, itu tidak menjadi masalah kepada kami dan akur dengan keputusan pimpinan pusat," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.
Khalid turut memberitahu, parti itu sudah membuat persediaan untuk memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
"Justeru, kita sedang berusaha mengadakan kerjasama dengan semua ahli di semua peringkat sebagai persiapan menghadapi PRN kerana sedar cabaran yang perlu dihadapi.
"Pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) lalu, dikatakan berlaku gelombang hijau di Kelantan dan itu tidak menjadi masalah kepada Amanah berdasarkan isu semasa yang dihadapi rakyat," katanya.
Sementara itu, Khalid memberitahu, Amanah secara tidak rasmi sudah mempunyai senarai calon yang bakal dikemukakan setiap DUN.
Khalid sebelum itu memaklumkan media, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Amanah Kelantan untuk tempoh enam bulan bermula Januari.
Pelantikan itu bagi memantapkan lagi jentera parti berkenaan untuk berdepan PRU15 manakala jawatan pengerusi sedia ada tidak berubah,” katanya.