Bahang MotoGP 2023 kian dirasai

Iklan
Saingan MotoGP Malaysia di SIC bermula 10 hingga 12 Februari ini. - Foto Agensi

KEHANGATAN perlumbaan MotoGP 2023 kian terasa apabila peminat sukan permotoran tempatan boleh menyaksikan kehebatan pelumba terkenal dunia beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 10 hingga 12 Februari ini.

Para peminat berpeluang memenuhi litar tersebut di kawasan Grandstand utama secara percuma untuk melihat sesi ujian rasmi pra-musim MotoGP berkenaan.

Iklan
Iklan

SIC memaklumkan peminat tempatan boleh menyaksikan kehebatan pelumba terkenal antaranya Francesco Bagnaia, Fabio Quartararo, Marc Marquez, Aleix Espargaro, Johan Zarco dan Maverick Vinales.

"Tempat letak kenderaan premium disediakan dengan bayaran RM10 untuk kereta dan RM5 untuk motosikal berhampiran dengan Grandstand Utama.

Iklan

"Bayaran RM5 dikenakan untuk kereta dan RM2 untuk motosikal di kawasan P SIC dan PX. Kawasan tempat letak kereta lain adalah percuma,” katanya.

Peminat juga berpeluang mendapat diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket terawal MotoGP Malaysia.

Iklan

"Harga tiket bermula pada RM122.20 untuk F Grandstand, RM175.30 (Grandstand K1), RM293.30 (Grandstand Utama), RM361.30 (Marc Marquez Tribune) RM433.50 (Premier Roving) dan RM544.00 untuk Kerusi Perdana," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket menerusi gerai yang disediakan di kawasan Grandstand utama atau layari laman web di www.sepangcircuit.com untuk mendapatkan secara atas dalam talian.