AMPANG - Polis menahan seorang penganggur kerana disyaki mencabul dan memukul kakak iparnya serta mengugut abang kandungnya di sebuah rumah di Kampung Tasik Permai, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita yang juga pengawal keselamatan berusia 38 tahun itu memaklumkan suaminya bertengkar dengan suspek di rumah mereka, kira-kira 12 tengah malam.