SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu yang baharu dikurniakan darjah kebesaran berpandangan kemegahan, kehinaan, kejayaan atau kegagalan seseorang itu bukanlah bergantung kepada gelaran yang diterima.
Menurut beliau, ia bergantung kepada usaha murni yang dilakukan dengan konsisten pada setiap masa, maka soal gelaran bukanlah bermakna kedudukan individu itu dimuliakan atau direndahkan.
Iklan
Iklan
"Gelaran yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu serta Gabenor-Gabenor Negeri adalah tanda penghormatan kepada seseorang.
"Ada rakan pernah berkata pada saya, orang Melayu amat menghormati mereka yang bergelar dengan gelaran yang tinggi.
"Jawapan saya, dalam politik dan pilihan raya, ada yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk ditolak oleh rakyat dan kalah di tangan orang biasa,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Tambahnya, seseorang itu sama ada bergelar atau tidak, mesti bekerja dan berbakti kepada masyarakat untuk menegakkan perkara makruf serta keadilan bagi menentang segala bentuk kezaliman
Artikel Berkaitan