Geng Rongak aktif pecah masuk sekolah tumpas

Iklan
Bahrin (dua dari kanan) menunjukkan barang-barang rampas selepas menahan tiga lelaki dikenali Geng Rongak pada Selasa.

KLUANG - Polis berjaya menumpaskan kegiatan pecah masuk dan mencuri harta benda milik 10 sekolah di sekitar daerah ini, Batu Pahat dan Mersing yang didalangi tiga sahabat dikenali Geng Rongak.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tiga suspek berusia 21 hingga 34 tahun itu berjaya ditahan menerusi tiga serbuan yang dilakukan di daerah ini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Katanya, hasil semakan mendapati ketua geng berusia 34 tahun itu mempunyai 19 rekod jenayah lampau selain pernah dikenakan hukuman buang daerah (POCA) di Pahang, manakala salah seorang lagi suspek memiliki satu rekod kesalahan narkotik.

"Polis berjaya merampas enam komputer riba pelbagai jenama, dua tablet, dua telefon bimbit, satu unit"walkie talkie", dua kotak muzik, dua resit penjualan komputer, sebatang pengunci L, sebatang sepana serta sebuah kereta Proton Wira," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, pada Khamis.

Iklan

Menurut Bahrin, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes pecah sekolah di tiga daerah berkenaan sejak Disember tahun lalu, membabitkan kerugian kira-kira RM49,794.

"Modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan sekolah-sekolah yang difikirkan boleh dipecah masuk selepas mendapati pengawal keselamatan hari berada di pondok kawalan di hadapan sekolah.

Iklan

"Mereka tidak mengira sekolah apa sama ada menengah atau rendah asalkan boleh dimasuki dengan peralatan membuka kunci iaitu pengunci L dan sepana," Katanya.

Menurut Bahrin lagi, semua suspek dikenakan tahanan reman selama empat hari sehingga 3 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.