Pengguna twitter mohon maaf fitnah pelakon, usahawan

Iklan
Kenyataan pengguna Twitter, Azrulfitri Azimi yang mengemukakan permohonan maaf terhadap Aeril dan isteri pada Khamis.

SHAH ALAM - Seorang pengguna twitter pada Khamis meminta maaf kepada pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang menuduh mereka berdua mendapat bayaran daripada Perikatan Nasional (PN) bagi mempromosikan parti tesebut di TikTok.

Pengguna Twitter, Azrulfitri Azimi mengakui selama ini dia telah bersangka buruk terhadap Aeril dan Wawa serta terkhilaf kerana tidak memeriksa tuduhan yang dilakukannya itu.

Iklan
Iklan

"Sememangnya, selama ini saya telah bersangka buruk yang Encik Aeril dan isteri telah mendapat bayaran, dan banyak ura-ura di media sosial juga menyatakan ramai pempengaruh telah mendapat bayaran daripada PN untuk tujuan promosi.

"Sesungguhnya, khilaf itu di pihak saya kerana tidak memeriksa betul-betul," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di twitter miliknya @azrulazimi pada Khamis.

Iklan

Aeril sebelum itu menerusi ciapannya menafikan fitnah yang dibuat bahawa pihaknya menerima bayaran daripada PN.

"Fitnah ini..banyak kali dah aku jawab, tapi kali ni terpaksa lafazkan..demi ALLAH satu sen pun aku tak ambil," ciapnya sambil meminta Azrulfitri memohon maaf dan memadam ciapan yang dibuat.

Iklan

Azrulfitri turut memaklumkan bahawa dia telah memadam ciapan yang dibuat pada Rabu.

"Sekali lagi, saya mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata dan kekhilafan saya. Saya harap saudara Aeril dan isteri sudi sudi memaafkan saya.

"Saya doakan saudara Aeril dan isteri bahagia selalu, sentiasa dilimpahkan rezeki dan berada di bawah lindungannya," ujarnya.