Joanna Yu terkejut Jho Low nafi berurusan tentang akaun Najib

Iklan
Najib (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis bagi sambungan prosiding perbicaraan berhubung kes 1MDB. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank terkejut apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis diberitahu bahawa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menafikan pernah berurusan dengannya, membabitkan pengendalian akaun peribadi, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika prosiding kes suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengubahan wang haram, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu berkata, Jho Low membuat kenyataan tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapan tahun lalu.

Iklan
Iklan

Muhammad Shafee: Jho Low telah ditunjukkan perbualan BBM (BlackBerry Messenger) tetapi dia kata tidak mengecamnya, malah kata tidak pernah bercakap dengan kamu, adakah kamu terkejut?

Joanna: Ya.

Iklan

Muhammad Shafee: Bukan itu sahaja, dia cakap tiada kena-mengena dengan akaun Najib.

Joanna: Saya terkejut.

Iklan

Dalam keterangan sebelum ini, Joanna mengakui mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Jho Low.

Malah, saksi berusia 52 tahun itu memaklumkan sering bertemu dengan ahli perniagaan itu di pangsapuri milik Jho Low di Jalan Kia Peng, bersama beberapa individu lain.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan ini turut menyentuh isu tawaran pekerjaan daripada Jho Low kepada saksi tersebut.

Joanna menjawab dengan menyatakan, dia mempunyai keluarga dan tidak mahu bekerja sebagaimana gaya hidup Jho Low.

"Dia asyik minta saya untuk menyertai salah satu syarikatnya tetapi saya tolak dengan sopan kerana saya perlu memikirkannya dengan lebih mendalam," katanya.

Najib, 70, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Jumaat.