MADRID - Seorang lelaki Sepanyol menemui wang tunai 'lama yang diletakkan dalam enam tabung dan ditanam dalam dinding sebuah rumah baharu dibelinya baru-baru ini, lapor Mirror News.
Tono Pineiro ditemui berkata, wang tersebut berjumlah £47,000 (RM245,000) yang ditemui semasa melakukan kerja pengubahsuaian rumah yang akan didiaminya semasa bersara nanti.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, kegembiraan Pineiro tidak kekal lama apabila wang kertas yang dibawa ke Bank of Spain sebenarnya wang lama dan pihak bank sudah menghentikan pengeluarannya sejak 2002.
Namun, idea Peneiro menjual wang lama tersebut kepada pengumpul wang lama atau numismatik telah membuahkan hasil apabila dia memperoleh pulangan sebanyak £30,000 (RM156,000).
"Saya rasa mereka menyimpan dalam tabung ini bagi menghalang kelembapan wang tunai ini supaya tidak mudah rosak," katanya sambil menambah dia akan menyimpan saki baki wang itu sebagai cenderahati. - Agensi