KKM nafi H1N1 berleluasa di sekitar STAR

Iklan
Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menafikan laporan kononnya gejala Influenza A (H1N1) semakin tersebar berleluasa di sekitar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak.

Beliau berkata, wabak H1N1 berada dalam keadaan terkawal dan pelajar yang dijangkiti juga berada dalam keadaan stabil.

Iklan
Iklan

"Hanya seramai 22 pelajar yang masih berada di bilik isolasi dan keadaan mereka juga stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 kes baru H1N1 dilapor

Iklan

"Saya yakin wabak ini berada dalam keadaan terkawal dan tidak merebak seperti yang diperkatakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysian International Dental Show 2019, di sini, hari ini

Menurutnya, laporan kononnya pelajar STAR diminta membersihkan bilik asrama sendiri tanpa pengawasan pihak kesihatan adalah tidak tepat.

Iklan

"Wabak H1N1 telah dilaporkan ke Kementerian Kesihatan pada 13 April lepas. Susulan itu, pasukan kesihatan yang terdiri daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta telah ke sekolah berkenaan untuk aktiviti saringan dan juga isolasi pelajar bergejala."Pelajar dan guru juga telah diberi pendidikan kesihatan termasuk demonstrasi tunjuk ajar mengenai etika batuk, tujuh langkah pencucian tangan, kebersihan diri dan persekitaran serta memastikan pengudaraan yang baik dan kebersihan asrama. PKD Kinta juga membekalkan topeng muka dan pembersih tangan kepada pihak sekolah," katanya.

Jelas Dr Zulkefly, warden dan pelajar telah membuat aktiviti gotong-royong pembersihan umum di asrama sekolah terbabit.

"Selepas aktiviti gotong-royong pembersihan asrama barulah aktiviti disinfeksi dilakukan oleh anggota PKD Kinta dan tunjuk ajar tatacara disinfeksi diberikan kepada pihak sekolah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata setakat ini, terdapat 1,197 klinik perubatan swasta umum sudah berdaftar sebagai Klinik PeKa B40 (Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40). - Bernama