KUALA LUMPUR -"Tengok harga ikan temenung (kembung) ni boleh termenung kita, dah jadi berkira-kira nak membelinya.”
Keluhan itu penulis dengar ketika sedang membelek ikan di sebuah gerai di pasar pagi di sini, baru-baru ini.
"Dulu ikan inilah paling murah, berbaloi dibeli untuk keluarga anak ramai macam saya ni,” sambung wanita itu selepas menyedari penulis menoleh ke arahnya. Penulis hanya mampu senyum.
Ini baru kisah ikan temenung yang satu ketika dahulu dianggap 'ikan rakyat' sepertimana sayur kangkung, menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mempunyai keluarga besar. Bagaimana pula dengan kos lain yang semakin mencengkam hidup?
Senario ini membuatkan penulis yang berada dalam kelompok M40 turut sama termenung. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu ada rakan sekelas anak penulis belum melunaskan yuran tertentu yang berjumlah sekitar RM50 hingga RM90 seorang, sekali pun sesi persekolahan 2022/2023 sudah di penghujung.
Terdetik di hati penulis barangkali keluarga murid berkenaan benar-benar tidak mampu menjelaskan yuran sekali bayar itu, sekali gus mencetuskan empati penulis terhadap mereka.
Sementelah Mac ini ada dua 'acara besar' menunggu, iaitu sesi baharu persekolahan dan sambutan Aidilfitri bagi umat Islam.
Raya dan sesi baharu sekolah
Bagi pekerja swasta, Hasliza Nusi, 40, dia mengutamakan perbelanjaan sekolah berbanding keperluan raya.
"Keperluan sekolah pun saya utamakan hal-hal berkaitan buku, yuran sekolah. Selepas itu barulah diguna untuk beli pakaian serta kasut sekolah. Tetapi, dalam keadaan ekonomi sekarang, saya ambil pendekatan pakai selagi muat, kasut selagi tidak ketat dan haus, pakailah selagi boleh.
"Begitu juga dengan baju sekolah. Untuk persiapan raya, cukup sekadar sehelai baju melayu seorang," kata ibu kepada tiga cahaya mata lelaki itu kepada Bernama.
Sedar setiap orang mempunyai cara berbeza dalam menguruskan keluarga, wanita itu bagaimanapun berpendapat sebaiknya ahli masyarakat berpegang pada pepatah mengukur baju di badan sendiri.
Pada masa sama, Hasliza yang tergolong dalam kelompok M40, menggesa kerajaan agar turut prihatin akan nasib kumpulan itu yang menurutnya semakin ramai hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Kumpulan B40 sudah banyak terima bantuan Jabatan Kebajkan Masyarakat, zakat serta kerajaan. Jadi, sudah tiba masanya tumpuan, bantuan turut disalurkan kepada golongan M40.
"Seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk murid baru-baru ini yang tidak menetapkan had gaji, mereka yang dalam kalangan M40 sangat berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kerana diringankan beban," katanya.

Ikan temenung satu ketika dahulu dianggap 'ikan rakyat' kerana harganya lebih murah. - Gambar hiasan.