Forest ikat penyerang Ghana

Iklan
Ayew akan bersama Forest hingga akhir musim. - Foto: Agensi

BAGAI sireh pulang ke gagang, kapten Ghana, Andre Ayew kembali ke England untuk menyarung jersi Nottingham Forest sehingga akhir musim ini.

Ayew hadir dengan reputasi cemerlang bersama kelab Al Sadd di Qatar apabila meledak 15 gol daripada 21 perlawanan dan membantu pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Bintang Qatar musim lalu.

Iklan
Iklan

Penyerang berusia 33 tahun itu pernah beraksi bersama Swansea City dan lebih menarik Ayew akan kembali bersatu dengan Steve Cooper yang pernah melatihnya di kelab Wales itu pada 2019.

"Satu perasaan yang hebat untuk menyertai Forest.

Iklan

"Steve (Cooper) sangat mengenali saya dan tahu bagaimana untuk bekerja dengan saya di dalam dan luar padang,” ujar Ayew.

Forest ketika ini berada di tempat ke-13 dengan 21 mata, empat mata di atas zon penyingkiran.

Iklan

Pengalaman Ayew bersama pasukan kebangsaan juga tidak kurang hebat apabila beraksi sebanyak 113 kali di peringkat antarabangsa.

Dia juga menyertai tiga Piala Dunia, termasuk edisi 2022 di Qatar.