Ujian sulung Dyche lawan Arsenal

Iklan
Dyche sudah bersedia untuk berdepan ujian sulung membimbing Everton menentang Arsenal. - Foto Agensi

PENGURUS baharu Everton, Sean Dyche bakal berdepan ujian sulung apabila akan melayan kunjungan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal di Goodison Park pada Sabtu.

Tanpa sebarang pembelian pemain baharu pada jendela perpindahan bulan lalu bekas bos Burnley itu tahu ranjau yang bakal ditempuhinya.

Iklan
Iklan

Selepas 69 tahun The Toffees berada di liga utama mereka berisiko tersingkir jika gagal meraih keputusan positif pada baki saingan EPL.

Edisi lalu Everton terlepas daripada penyingkiran selepas bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menang 3-2 ke atas Crystal Palace pada aksi terakhir musim.

Iklan

"Kami mahu mengubah bentuk kelab ini ke hadapan. Mengubah suai mengikut gaya dan cara yang kami boleh menang," ujar Dyche.

Skrip berbeza buat Arsenal yang berada di laluan terbaik untuk merebut kejuaraan liga kali pertama sejak 2003/04 menerusi kelebihan lima mata di hadapan Manchester City dengan baki satu aksi dalam tangan.

Iklan

The Gunners juga berharap pembelian pemain di jendela perpindahan Januari cukup untuk membantu mereka meskipun terlepas dua sasaran utama Mykhailo Mudryk dan Moises Caicedo dari Brighton.

Ketibaan Jorginho dari Chelsea bakal menyuntik kekuatan The Gunners, manakala kehadiran Leandro Trossard meningkatkan pilihan Mikel Arteta di bahagian serangan.