GEORGETOWN - Perbincangan antara Menteri Besar dan Ketua Menteri mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri masing-masing dijangka berlangsung pada 21 Februari ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
"Mungkin perbincangan itu boleh diadakan pada minggu ketiga Februari kerana minggu itu ada perjumpaan MB dan KM bersama Perdana Menteri di Putrajaya dan juga Mesyuarat Majlis Raja-Raja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun semalam yang mencadangkan DUN negeri itu dibubar pada 1 Jun bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Selain itu, Kon Yeow yang juga pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang berkata, untuk seragam dengan semua negeri yang masih belum mengadakan PRN, tarikh yang paling sesuai adalah pada bulan Jun dan Julai.
Enam negeri - Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu - perlu mengadakan PRN masing-masing, tahun ini. - Bernama
Artikel Berkaitan