'Iqbal dah 14 tahun berkhidmat, gajinya saya bayar'

Iklan
Johari

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menjelaskan anaknya, Mohammed Iqbal telah berkhidmat sebagai pegawainya sejak 14 tahun lalu ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani.

Justeru katanya, tidak timbul sebarang isu tentang pelantikan rasmi bagi membolehkan anaknya itu dilantik sebagai pegawai di pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

Iqbal katanya, membantu dalam menguruskan beberapa isu di bekas kawasan Parlimennya itu.

"Ini bukan pelantikan, there’s nothing yet (tak ada apa-apa setakat ini).

Iklan

"Gaji dia juga saya yang bayar, jadi apa masalahnya?” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita pada Jumaat.

Pelantikan Iqbal sebagai pegawai Johari di Parlimen mendapat perhatian ramai di media sosial.

Iklan

Antara individu yang awal membuat dakwaan tersebut ialah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin melalui ciapan di Twitter pagi Khamis yang mempersoalkan tindakan Johari.

Badrul Hisham mendakwa nama penuh anak Johari, Mohammed Iqbal telah dipinda dalam direktori kakitangan Parlimen dengan nama bapanya dipadamkan.