Kerajaan Selangor sahut Jualan Rahmah

Iklan
Amirudin

PETALING JAYA - Rakyat Selangor bakal mandapat manfaat menerusi Jualan Rahmah yang bakal diperluaskan ke negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyahut Jualan Rahmah yang disifatkan konsepnya sama dengan Jualan Ehsan yang menawarkan harga lebih rendah daripada pasaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri akan menyelaraskan jadual aktiviti kedua-dua jualan tersebut supaya ia dapat dilaksanakan secara berstruktur.

"Jika tak dapat buat serentak, kita asingkan supaya lebih banyak tempat dapat dijalankan program dan ramai lagi orang ramai dapat manfaatnya," katanya pada pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penerima Biasiswa Tabung Pendidikan Anak-Ayak Syarikat dan Badan Berkanun Negeri Selangor (TPASBB) pada Jumaat.

Iklan

Jualan Rahmah digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang menawarkan barang keperluan dengan harga murah.

Pasar raya yang menyertai Jualan Rahmah itu boleh menawarkan harga barangan keperluan di antara 10 hingga 30 peratus lebih murah dari harga biasa di premis masing-masing di seluruh negara.

Iklan
Amirudin (enam dari kiri) bergambar bersama penerima biasiswa TPASBB pada majlis ramah mesra yang berlangsung Kelab Golf Seri Selangor pada Jumaat.

Pada perkembangan sama Amirudin berkata, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk perkenal Menu Rahmah di Selangor.

Ujarnya, program itu dibuat secara sukarela oleh pengusaha perniagaan makanan dan restoran.

"Jika ada yang terlibat mungkin dapat margin (untung) yang kecil tapi mereka dapat manfaat dan promosi daripada aktiviti yang ditawarkan.

"Buat masa ini, kerajaan negeri belum mempunyai restoran untuk sediakan Menu Rahmah.

"Anak syarikat di bawah kerajaan negeri juga tiada yang secara terus menjadi pengeluar makanan atau menjalankan aktiviti restoran namun kita akan lihat dan pertimbangkan (laksana Menu Rahmah)," katanya.

Dalam pada itu Amirudin berkata, sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan untuk program biasiswa TPASBB sejak 2013 hingga tahun lepas.

"Secara purata, setiap pelajar diberikan tajaan sebanyak RM4, 900 hingga RM13, 550 merangkumi tajaan peringkat sijil hingha Doktor Falsafah," katanya.