KUALA LUMPUR - Lencongan sementara akan dilakukan di Lebuh Raya Shah Alam (LSA) melibatkan sebahagian laluan menghala ke lorong E16, E17, E18 dan E19 Plaza Tol Kemuning arah ke Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 13 Februari dari 11 malam hingga 5 pagi.
KESAS Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan semua lorong tol tersebut dibuka dan beroperasi seperti biasa.