LANGKAWI - Seorang wanita yang terperangkap setengah jam dalam lumpur ketika mencari siput di Titi Lagun, di sini pada Jumaat berjaya diselamatkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Langkawi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.48 petang dan sepasukan anggota bersama jentera dari BBP Langkawi bergerak ke lokasi.
Wanita tersebut diserah kepada KKM dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut. Foto JBPM