BANGKOK - Seekor kerbau betina menanduk seorang petani sehingga mati di wilayah Nakhon Nayok, timur laut Thailand pada Khamis, lapor Thaiger.
Pegawai di Balai Polis Ban Na dimaklumkan bahawa seekor kerbau mengejar dan membunuh seorang lelaki di Kampung No. 7 di mukim Ban Phrao.
Iklan
Iklan
Setibanya di lokasi kejadian, polis menemui mayat mangsa dikenali sebagai Manoch berusia 55 tahun yang terbaring atas rumput akibat kecederaan parah selain mendapati tangan dan kaki kirinya patah.
Turut dijumpai organ manusia yang tergantung di tanduk kerbau berusia tujuh tahun itu.
Menurut saudara Manoch, mereka mencarinya sejak pagi Khamis dan berjaya menjumpai pada waktu tengah hari. - Agensi