KUALA LUMPUR - Seramai 682 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi melancarkan lalu lintas serta kawalan keselamatan semasa perarakan membawa pedati sempena Thaipusam dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur ke Kuil Subramaniam, Batu Caves, Selangor.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, beberapa jalan sekitar ibu kota ditutup serta dilencongkan bermula jam 10 malam, Jumaat hingga 4 pagi, Sabtu dan 6 petang hingga 12 tengah malam, Isnin.
Iklan
Iklan
"Antara lokasi yang ditutup dan dilencongkan adalah di Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Perak/Pudu, Jalan Leboh Ampang.
"Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Azlan Shah (kedua-dua arah)," katanya dalam kenyataan pada, Sabtu.
"Polis Kuala Lumpur juga menasihatkan agar orang ramai tidak mengganggu gugat ketenteraman awam semasa perarakan membawa pedati tersebut.
"Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.
Artikel Berkaitan