Ronaldo akhirnya jaringkan gol pertama untuk Al Nassr

Iklan
Ronaldo.

CRISTIANO Ronaldo meledak gol pertamanya buat Al Nassr melalui sepakan penalti dalam keputusan seri 2-2 menentang Al Fateh pada Jumaat.

Pemain berusia 37 tahun itu menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan sekali gus menyelamatkan pasukan daripada kekalahan dalam aksi Liga Pro Saudi itu.

Iklan
Iklan

Ia adalah jaringan pertama Ronaldo dalam tiga perlawanan, selepas kemenangan ke atas Ettifaq pada 22 Januari dan kekalahan di tangan Al Ittihad dalam saingan Piala Super minggu ini.

Ronaldo menandatangani kontrak dua tahun setengah dengan kelab tersebut dan menjadi atlet termahal dunia setakat ini dengan gaji £177 juta (RM943 juta).

Iklan
Iklan

Al Nassr ketika ini berada di tangga teratas Liga Pro Saudi berkongsi mata dengan Al Shabab, tetapi beraksi kurang satu perlawanan.