KIGALI - Seramai 11 orang maut dan 36 lagi cedera dalam kejadian kemudahan pengeringan jagung runtuh di daerah Gasabo di Kigali, ibu negara Rwanda pada Jumaat, kata seorang pegawai tempatan, lapor Xinhua.
"Kemalangan berlaku kira-kira 8.30 pagi. Kemudahan pengeringan itu runtuh ketika mangsa sedang memeriksa bijirin mereka," kata setiausaha eksekutif sektor Rusororo, Desire Nsabimana kepada pemberita.