Fatwa MAINJ: Titah Sultan Ibrahim cukup jelas, perlu dipatuhi

Iklan
Tian Soon dan laporan Sinar Harian.

PASIR GUDANG - Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berkenaan garis panduan umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam pada Jumaat, cukup jelas dan perlu dipatuhi rakyat.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, titah Sultan Ibrahim juga wajar dijadikan garis panduan bagi mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Ini garis panduan kita di Johor dan berdasarkan titah Sultan Ibrahim, fatwa itu tidak bercanggah dengan semangat bangsa Johor," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Akuagro Rukun Tetangga (RT) Johor di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada Sabtu.

Pada Jumaat, Sultan Ibrahim bertitah, fatwa MAINJ berkenaan garis panduan umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor.

Iklan

Baginda turut bertitah, fatwa berkenaan yang diumumkan pada Khamis tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.

Sementara itu, Tian Soon berkata, rakyat perlu terus mengamalkan kesemua sikap berkenaan bagi memastikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini dapat terus dipertahankan.

Iklan

"Walau berlainan agama, bangsa, kita perlu saling hormat-menghormati dan inilah yang selama ini kita amalkan di Johor," katanya.