KUALA KRAI - Lima sungai dan air terjun di Kuala Krai setakat ini dikenal pasti sebagai kawasan perkelahan yang berisiko dilanda fenomena kepala air.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, antara lokasi terbabit ialah Lata Rek, Lata Berangin, Lata Y, Sungai Kenerong dan kawasan sungai di Chucuh Puteri.