'Pengurangan peruntukan bukan masalah besar' - Kon Yeow
Iklan
Kon Yeow (tiga dari kanan) menggaul Yee Sang di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Kadun Komtar pada Sabtu.
GEORGETOWN - Pengurangan 65 peratus elaun pembangunan ahli Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bukan satu isu besar.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow berkata, dengan pemotongan peruntukan tersebut, beliau perlu membelanjakan peruntukan sedia ada sahaja.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, beliau berharap agar perkara itu dikaji semula sebelum peruntukan pertama yang diberikan habis digunakan.
"Kita perlu bekerja dengan apa yang ada (peruntukkan) sahaja. Bagaimanapun, kita berharap agar perkara ini dikaji semula sebelum kita (ahli Parlimen) menghabiskan peruntukan pertama.
Iklan
Pada Jumaat, Anwar mengesahkan peruntukan tahunan kepada ahli Parlimen dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.
Beliau berkata, pengurangan peruntukan melibatkan elaun pembangunan itu akan dilaksanakan secara berperingkat sebagai langkah mengawal aliran kewangan negara.
Iklan
Mengulas lanjut, Anwar berkata, peruntukan yang diselaraskan dengan pejabat daerah dan pegawai kemajuan negeri itu akan tetap disalurkan namun secara berperingkat dan mengikut keperluan.
Bagaimanapun, projek-projek pembangunan dan pembaikan yang memerlukan peruntukan mendesak akan dipertimbangkan segera.
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, peruntukan pembangunan itu lebih kepada kerjasama dengan masyarakat.
"Saya berharap walaupun dikurangkan, sebagai ahli Parlimen, kita akan menyokong rakyat dengan melakukan projek kecil dan menganjurkan program. Semuanya untuk rakyat.
"Bagaimanapun, saya masih berharap agar ia dikaji semula sebelum kita habiskan peruntukan pertama,” tambahnya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam