Pecut kereta kerana bawah pengaruh dadah

Iklan
MPV polis mengejar dan mengepung sebuah kereta yang melarikan diri di Taman Damansara Alif, Johor Bahru pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Tindakan dua lelaki memecut kereta apabila diarahkan berhenti oleh pihak polis kerana berada di bawah pengaruh dadah membawa padah apabila berjaya ditahan di Taman Damansara Alif di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian bermula pada jam 6 petang semasa polis sedang membuat Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di Jalan Datin Halimah, Larkin di sini menghala ke Kempas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, insiden itu melibatkan Unit Kereta peronda kereta Peronda (MPV) polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan kereta jenis Volkswagen Jetta.

"Ketika itu, anggota melihat Vokswagen Jetta dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandunya berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Iklan

"Suspek terus bertindak memecut laju dan melarikan diri. Anggota bertugas kemudian meminta bantuan anggota di bilik gerakan IPD JBS sebelum tiga lagi kereta peronda MPV datang membantu dan mengejar kereta suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu video berdurasi 23 saat tular dalam media sosial TikTok memaparkan kejadian tiga MPV polis mengejar kereta berkenaan di kawasan Taman Damansara Alif.

Iklan

Raub berkata, polis mengejar kereta suspek sehingga ke tempat letak kereta di sebuah apartment di Taman Damansara Alif.

Tambah beliau, seorang suspek lelaki tempatan berusia 28 tahun berjaya ditangkap, namun rakannya berumur 20 tahun masih bebas.

Katanya, polis merampas sebilah parang, tukul, batang besi, batang kayu, topi keledar, Volkswagen Jetta terbabit dan alat kawalan jauh kereta itu.

"Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek terbabit dalam satu kes jenayah dan satu kes dadah, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah methaphetamine," katanya.

Raub berkata, suspek direman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin ini.

"Polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan kes ini," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 kanun keseksaan, seksyen 6 (1) Akta Bahan Hakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu secara melulu dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.