Misi mencari Muhamad Akmal ditangguhkan berikutan cuaca gelap

Iklan
Antara lokasi mangsa dipercayai hilang. (Gambar dalam : Muhamad Akmal yang sedang menjalani cuti semester selama sebulan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Makmur, Kluang sejak Rabu.)

MERSING - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Muhamad Akmal Hakimi Ishak, 20, yang dilaporkan hilang di Pulau Mawar Mersing pada Jumaat, ditangguhkan pada jam 7 malam Sabtu berikutan cuaca gelap.

Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Alias Hussin, SAR yang masuk hari kedua pada Sabtu itu dimulakan pada jam 9 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Katanya, SAR berkenaan dibahagikan kepada dua sektor melibatkan Sektor 1 dari Pulau Mawar ke Gerbang Laut dan dari Gerbang Laut ke Mersing Geo Park.

"Kami menerima panggilan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.48 malam Jumaat dan seramai 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau terlibat dalam operasi itu.

Iklan

"Selain itu, 12 anggota polis, lima anggota Angkatan Perkhidmatan Awam (APM), dua kakitangan majlis daerah dan lima malim gunung turut terlibat dalam SAR kali ini.

Mohd Alias berkata, SAR berkenaan akan disambung pada Ahad.

Iklan

Sinar Harian pada Khamis melaporkan mengenai kehilangan mangsa yang didakwa tidak pulang ke rumahnya di Taman Makmur, Kluang sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki ditemui di sekitar kawasan Pulau Mawar, dipercayai ditinggalkan mangsa bagi membolehkannya melakukan aktiviti mendaki (hiking).

Difahamkan, mangsa sedang menjalani cuti semester selama sebulan.