PORT DICKSON - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di tengah laut berhampiran Jeti Penumpang Port Dickson di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat terbabit jam 1.40 tengah hari setelah dihubungi pegawal keselamatan Jabatan Laut Port Dickson.
Iklan
Iklan
"Polis ke lokasi kejadian dan dengan bantuan bot Jabatan Laut Port Dickson, mayat tersebut dibawa ke darat.
Menurutnya, berdasarkan siasatan lanjut, lelaki terbabit dianggarkan berusia lingkungan 40 ke 50 tahun.
Tambahnya, tiada unsur jenayah dikesan dan mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, hasil semakan pihak polis mendapati tiada sebarang laporan orang hilang diterima di mana-mana balai polis dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson setakat ini.
"Usaha mengesan waris masih dijalankan, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki tersebut boleh menyalurkannya ke balai polis berdekatan atau menghubungi hotline IPD Port Dickson di talian 06-6462999," katanya.