5 lebuh raya maut di dunia

Iklan
1. Lebuhraya Karakoram, Pakistan

Ribuan orang maut akibat laluan sempit tebing gunung dan cuaca sejuk

NEW YORK - Jalan paling berbahaya di dunia sering kali digambarkan terletak di kawasan pergunungan yang mempunyai jurang dalam dan berhampiran laut yang terdedah dengan cuaca ekstrem.

Walaupun jalan raya terletak di bentuk muka bumi sehingga mengancam nyawa, ia masih menjadi pilihan pemandu memilih jalan tersebut kerana menjimatkan masa dan kos.

Iklan
Iklan

Berikut adalah senarai beberapa jalan raya dunia yang sering menyebabkan ribuan nyawa melayang akibat kemalangan ngeri seperti tergelincir dalam gaung dan bertembung sesama sendiri.

1. Lebuh raya Karakoram, Pakistan

Iklan

Lebuh raya sejauh 1,287 kilometer (km) menghubungkan Pakistan dan China itu sering dilanda bencana alam menakutkan termasuk tanah serta salji runtuh dan banjir.

Setiap tahun dikatakan lebuh raya tersebut sering menjadi tarikan utama pelancong kerana pemandangan cantik. Ia merekodkan kematian apabila kenderaan dipandu terbabas dari selekoh tajam selain bas dinaiki dihempap salji tebal.

Iklan

2. Jalan raya Yungas Utara, Bolivia

Jalan raya yang diberi jolokan ‘jalan maut’ itu sering mendapat gelaran laluan paling berbahaya di dunia dengan hanya selebar 3.6 meter (m).

2. Jalan raya Yungas Utara, Bolivia

Jalan tersebut dikatakan paling sempit sehingga ke Gunung Oriental Cordlillera di Bolivia yang sering diselubungi hujan dan kabus serta tidak berturap sehingga membahayakan penggunanya. Dianggarkan seramai 200 hingga 300 orang terbunuh setiap tahun.

3. Jalan raya Atlantik, Norway

Jalan raya melengkung Atlantik Norway dinobatkan jalan paling berbahaya di dunia walaupun laluannya menelusuri pulau-pulau kecil dan mempunyai pemandangan cantik.

3. Jalan raya Atlantik, Norway

Namun, ketika ribut mula melanda, bahagian lengkung yang ditiup angin dan dihempas ombak dikatakan membahayakan pemandu melaluinya apabila kereta terbabas atau jatuh ke dalam laut.

4. Lebuh raya Dalton, Alaska

Pemandu yang melewati jalan raya berkenaan dinasihatkan membawa peralatan keselamatan kerana laluan sepanjang 444 km itu tidak mempunyai stesen minyak, restoran, hospital atau hotel.

4. Lebuhraya Dalton, Alaska

Kebanyakan jalan tidak berturap dan dibuat daripada batu kerikil sehingga menyukarkan pemandu ketika musim sejuk dan menjadi punca kemalangan maut di lokasi tersebut.

5. Lebuh raya Sichuan-Tibet

Perjalanan lebuh raya bermula di Chengdu, Sichuan di timur dan tamat di Lhasa, Tibet akan mengambil masa 15 hari. Pemandu dinasihatkan berhati-hati kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan kenderaan terjatuh ke dalam gaung.

5. Lebuhraya Sichuan-Tibet

Jalan bertingkat tinggi itu menyebabkan risiko tanah runtuh yang kini sudah meragut ribuan nyawa. - Agensi