LPP, FAMA diarah atasi segera kekurangan sayur - Mat Sabu

Iklan
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

Iklan
Iklan

Katanya, sistem itu bagi memantau jenis sayuran yang sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran.

"Saya bukanlah mahir dalam bidang IT (teknologi maklumat) tetapi jika saya boleh melihat ‘dashboard’ sistem itu melalui telefon pintar sahaja, bila-bila masa kita boleh membuat persiapan awal,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Iklan

Beliau yakin ramai anak muda yang berkebolehan mampu menghasilkan sistem itu dan kementeriannya bersedia memberi dana yang sewajarnya bagi membangunkannya.- Bernama.

Iklan