202 kes baharu Covid-19, satu kematian

Iklan
Seramai 372 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan enam pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

SHAH ALAM - Sebanyak 202 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan enam kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKM Now, sebanyak satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat malam tadi.

Iklan
Iklan

Justeru, jumlah kematian dalam negara akibat Covid-19 mencecah 36,943 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 10,136 kes, dengan 9, 758 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Iklan

Seramai 372 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan enam pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kesemua pesakit itu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Kes sembuh yang direkodkan ialah 275 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,990,705 kes.