Pemergian Julie Sudiro kehilangan besar

Iklan
Penyanyi dan penghibur jazz legenda tempatan, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, kembali ke rahmatullah akibat komplikasi paru-paru.

SHAH ALAM - Penyanyi dan penghibur jazz legenda tempatan, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, kembali ke rahmatullah akibat komplikasi paru-paru.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital UiTM Puncak Alam pada jam 9.30 malam tadi.

Iklan
Iklan

Berita sedih mengenai pemergian Allahyarham Julie Sudiro atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Freddie berkata, beliau antara penghibur tanah air prolifik yang memulakan kerjaya seni sejak awal remaja dan merakamkan pelbagai lagu dalam bahasa inggeris serta melayu.

Iklan

Menurutnya, Allahyarham Julie Sudiro juga pernah mengadakan persembahan di beberapa benua dunia dengan kumpulannya The Emeralds.

"Hari ini saya betul-betul sedih menerima berita kehilangannya, secara peribadi beliau bagaikan kakak saya dan sering membimbing kami warga karyawan didalam pelbagai perkara.

Iklan

"Lebih 15 tahun beliau menjadi ahli jawatankuasa dan setiausaha kehormat kami. Ini kehilangan yang amat besar juga buat industri seni tanah air," ujar Freddie.

Julie Sudiro menempa nama yang agak ekslusif di dalam industri tempatan dan dianggap sebagai diva di dalam nuansa muzik keroncong selain Jazz yang bukan sahaja dikenali di Malaysia malah dunia.

Beberapa tahun kebelakangan ini beliau sangat aktif mengadakan pelbagai kelas al-Quran bagi mengisi masa lapang dan ada kalanya menerima jemputan mengadakan persembahan.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan Subang Jaya pada jam 11 tengah hari ini dan dijangka akan dikebumikan selepas solat Zuhur.