SAR kesan pelajar UniKL hilang diteruskan hari ini

Iklan
SAR bagi mengesan pelajar berkenaan diteruskan hari ini.

MERSING – Polis meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pelajar UniKL, Muhammad Akmal Hakimi Ishak, 20, yang dipercayai hilang di sekitar kawasan rekreasi Pulau Mawar di sini sejak Rabu dengan memberikan fokus di sekitar kawasan berkenaan pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, SAR yang masuk hari ketiga itu dimulakan sekitar 8 pagi dengan tambahan anggota daripada beberapa agensi seperti dari IPD Mersing sendiri, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pejabat Hutan Daerah Mersing, Badan Bukan Kerajaan (NSGO) termasuk sekumpulan Malim Gunung dari Kluang.

Iklan
Iklan

Malah katanya, usaha pencarian pada Ahad turut melibatkan unit K9 daripada pihak bomba dalam usaha mengesan pelajar berkenaan.

"Kita teruskan SAR hari ini (Ahad) setelah kita tangguhkan pada jam 7 semalam (Sabtu), berikutan cuaca yang gelap dan merbahaya untuk usaha pencarian diteruskan.

Iklan

"Seperti sebelumnya, selain di darat, usaha pencarian hari ini turut dilakukan di kawasan perairan (laut) dan juga kawasan sekitar dengan disertai bot pihak marin, bomba selain kita juga turut menggunakan dron.

"Bagaimanapun, setakat ini kita masih belum menemui pelajar berkenaan dan malah, tidak ada apa-apa petanda bagi memudahkan lagi usaha SAR kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
SAR mengesan pelajar yang hilang turut dilakukan di kawasan hutan berhampiran.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan mengenai kehilangan Muhamad Akmal Hakimi yang didakwa tidak pulang ke rumahnya di Taman Makmur, Kluang sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki pelajar berkenaan ditemui di kawasan Pulau Mawar dan dipercayai ditinggalkan bagi membolehkannya melakukan aktiviti mendaki (hiking), di situ.

Sementara itu Abdul Razak percaya, pelajar berkenaan masih berada di sekitar kawasan pencarian dan berharap gar SAR yang masuk hari ketiga pada Ahad, bakal menghasilkan keputusan yang positif.

"Kalau ikutkan kawasan di sini tak luas sangat dan kita percaya dia (Muhammad Akmal Hakimi), masih ada di kawasan ini...setakat ini tak ada juga tanda-tanda yang kata dia hilang di laut, tapi kita buat SAR juga di perairan takut-takut kalau ada.

"Motosikal dia yang ditemui juga dalam keadaan baik, ada helmet (topi keledar)...Cuma kuncinya tidak ada, mungkin dia simpan, tapi dalam masa sama kita juga tak jumpa petanda yang kata dia datang semula ke motosikal tersebut,” katanya.