Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Chap Goh Mei, Thaipusam

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei kepada masyarakat Cina di negara ini.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan membawa membawa keceriaan, kesejahteraan dan keamanan kepada yang menyambutnya

Iklan
Iklan

Chap Goh Mei disambut pada hari ke-15 pada bulan pertama mengikut kalendar masyarakat Cina menandakan hari terakhir perayaan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat menyambut hari Thaipusam kepada penganut agama Hindu di Malaysia. - Bernama.

Iklan

Iklan