SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke London, United Kingdom untuk menghadap Raja Britain, Raja Charles III, baru-baru ini.
Menerusi kemas kini di Facebook Selangor Royal Office, baginda ke Istana Buckingham bagi menghadiri satu pertemuan resepsi yang dihoskan sendiri oleh Raja Charles III.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, Tengku Amir Shah selaku Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY) menyertai acara tersebut bersama wakil-wakil pelbagai komuniti dari Asia Tenggara termasuk organisasi kebajikan, seni, media, kesihatan dan perniagaan.
Ujar kenyataan itu, Tengku Amir Shah dan Raja Charles III telah bekerjasama sejak tiga tahun lalu dalam usaha membantu lebih 100 belia berisiko mendapatkan akses dan peluang pekerjaan dan pendidikan.
Kata kenyataan itu, kerjasama tersebut direalisasikan menerusi kolaborasi di antara SAY dan Prince’s Trust International (PTI).