Sabah mahu tambah pemain import lagi

Iklan
Kim Swee

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee akan mencadangkan penambahan beberapa slot tambahan pemain import untuk mengisi kekosongan menjelang Liga Malaysia (Liga-M) 2023 ini.

Katanya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan Sabah FC untuk memohon kelulusan bagi menambah keperluan slot pemain import dalam tempoh terdekat.

Iklan
Iklan

"Kita akan serahkan kepada kebijaksanaan pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan kelulusan berkaitan kuota yang lebih.

"Tetapi ini semua bergantung kepada keperluan serta kelulusan nanti apabila kita balik dari Bangkok. Kemungkinan kita perlukan seorang atau pun dua orang lagi pemain bagi memberi keseimbangan pada setiap posisi yang kita ada,” katanya pada Ahad.

Iklan

Ketika mengulas mengenai kesebelasan utama Kim Swee berkata, secara keseluruhan masih lagi terlalu awal untuk mengenal pasti kesebelasan utama dalam pasukan Sabah FC.

"Tetapi dengan apa yang kita akan lalui pada musim ini terutamanya banyak perlawanan liga, Piala Malaysia, Piala FA serta termasuk Piala AFC.

Iklan

"Saya jangkakan kita harus mempunyai bukan sahaja kesebelasan utama tetapi kesemua pemain yang kita daftarkan boleh bermain pada bila-bila masa nanti,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini, Kim Swee berkata, ia seperti dalam perancangan serta semua pemain diberikan peluang untuk beraksi baik pemain tempatan yang baharu mahupun pemain import.

"Apa yang penting di sini kita dapat menilai dari segi kekuatan serta kelemahan kita apabila mengadakan siri perlawanan persahabatan sebelum musim bermula.

"Ini adalah untuk memastikan kita mengenal pasti segala kelebihan serta kekurangan yang perlu kita perbaiki dalam tempoh terdekat,” katanya.