Penyelamat Pantai APM

Iklan

Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mohd Fitri Izzudin Yusof dan Luqman Hakim Mohd Johan melakukan rondaan memantau aktiviti pantai yang dilakukan pengunjung di Pantai Teluk Cempedak hari ini.

Ketika ini pengunjung diberi amaran agar tidak melakukan aktiviti mandi-manda berikutan keadaan ombak yang masih besar susulan monsun timur laut belum lagi berakhir seterusnya boleh mengundang risiko lemas.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Fitri dia bersama lima rakan setugas yang lain diberi tanggungjawab memantau aktiviti pengunjung terutama yang melakukan aktiviti pantai.

Pasukannya bertugas setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad serta hari cuti umum tertentu bermula 9 pagi hingga 7 petang.

Iklan
Iklan