PSG harap Messi kekal

Iklan
Messi. Foto EPA

PARIS Saint-Germain (PSG) berharap pemain bintang, Lionel Messi kekal beraksi di Perancis setelah menyertai juara Ligue 1 itu sejak 2021.

Penasihat PSG, Luis Campos 'gembira' sekiranya bintang Argentina itu bersetuju untuk melanjutkan kontraknya setelah dua tahun bersama pasukan.

Iklan
Iklan

"Kami sedang memperkatakannya. Ia tidak boleh disembunyikan. Saya mahu dia kekal bersama kami," katanya.

Pemenang Ballon D'Or tujuh kali itu mencapai impian utamanya untuk memenangi Piala Dunia di Qatar pada Disember dan mengekalkan prestasi yang baik sekembalinya ke Perancis.

Iklan

Pemain berusia 35 tahun itu membantu PSG menewaskan Montpelliern 3-1.

Dia turut menjaringkan gol ke-10 Ligue 1 musim ini ketika PSG menewaskan Toulouse 2-1 tanpa khidmat Kylian Mbappe dan Neymar yang mengalami kecederaan.

Iklan

Messi menyertai PSG pada 2021 dari Barcelona menerusi kontrak dua tahun, dengan pilihan untuk memperbaharuinya setahun lagi.

"Saya sangat gembira jika dia berbuat demikian (kekal di PSG).

"Apa yang kami perkatakan ketika ini adalah untuk cuba mencapai matlamat Leo (Messi) kekal bersama kami," ujar Campos.