Itali jadi sasaran serangan siber

Iklan
Gambar hiasan - 123RF

ROME - Itali dilaporkan menjadi sasaran serangan penggodaman perisian berskala besar, menurut Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (ACN) pada Ahad.

ACN memberi amaran agar organisasi mengambil tindakan melindungi sistem komputer mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita ANSA negara itu.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, Finland, Amerika Syarikat, Kanada dan Perancis turut terjejas akibat serangan siber dan pelanggaran keselamatan berlaku pada banyak pelayan (servers).

Perisian itu dilaporkan seakan-akan tidak berbahaya, dikirim menggunakan alamat e-mel korporat dan menggalakkan pengguna untuk membukanya.

Iklan

Ransomware ialah satu bentuk perisian yang menggodam dan mengunci fail mangsa, kemudian menuntut bayaran untuk diberikan kekunci enkripsi agar dapat mengakses maklumat berkenaan. - Bernama

Iklan