MOA rangka strategi perkasa petani melalui 5G

Iklan
Tze Tzin (tengah) bersama Pengurus Produk Atilze Tan Han Wei (kanan) menunjukkan aplikasi penanaman ketika melawat sekitar tapak Pameran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan merangka strategi memperkasa golongan petani supaya kekal relevan dan kompetitif dalam arus teknologi 5G, kata Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin.

Beliau berkata, melalui teknologi 5G, pertanian dapat dijalankan dengan efisien dengan sukatan baja dan air yang betul walaupun berlakunya perubahan cuaca.

Iklan
Iklan

"Teknologi 5G juga mampu membantu petani ke arah pertanian pintar yang bukan sahaja meningkatkan produktiviti tetapi juga pendapatan,” katanya kepada media selepas melawat Pameran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Manfaat 5G dalam tempoh 3 tahun akan datang: PM

Iklan

Tze Tzin berkata syarikat e-dagang juga dialu-alukan untuk bekerjasama membantu petani menjual hasil pertanian mereka kerana jualan melalui platform dalam talian dapat meningkatkan pendapatan golongan itu.

"Konsep dan pemikiran petani serta pengguna harus berubah kerana ia penting dalam menerima manfaat daripada teknologi 5G ini nanti,” katanya. - Bernama

Iklan